? ??????????????The Wifey Type? ????? ?? ???Rating: 4.3 (4 Ratings)??0 Grabs Today. 1269 Total Grabs. ????
??Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Urban Bouquet? ????? ?? ???Rating: 4.4 (19 Ratings)??0 Grabs Today. 3130 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????Put On A Hap BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Sunday, November 1, 2009

Info: ULAT SAGU SEDAP DI MAKAN?


Pernahkah puan-puan terlihat ulat ini sekali pandang mcm ulat sutera yang buat kain paling mahal tu, dua kali pandang memang sah ulat sagu atau mulung yang biasanya dijumpai di kawsana pendalaman di kampung atau rumah merta anda.


ULAT Sagu atau ulat Mulung (Rhynchophorus ferruginenus) cukup dikenali oleh penduduk pedalaman negeri Sabah dan Sarawak menjadikannya sebagai makanan berprotein tinggi dalam menu harian mereka. Namun dalam arena memancingnya, ulat ini adalah umpan yang cukup popular di semenanjung bagi menjerat spesis bermisai air tawar seperti ikan baung dan keli Bentuknya sebesar saiz ibu jari dewasa dan badan gendut berwarna putih serta kepalanya berwarna coklat tua yang mengilap, mudah ditemui di pokok kelapa atau batang sagu (rumbia) yang sudah reput.



Dari telurnya yang menetas dan membesar menjadi larva kepada kumbang merah ini dikatakan sangat digemari oleh penggemarnya yang sanggup meredah hutan untuk mencari ulat ini. Cara ulat ini ini diperoleh iaitu dengan mengopek kayu sagu atau kelapa yang reput dan menjumpainya terletak bersarang di dalamnya. Segelintir penggemar pula menebang terlebih dulu pokok yang disebutkan tadi dan kemudian dibiarkan mereput untuk menarik kumbang merah untuk bertelur di dalamnya.


Dalam menu makanan, ulat sagu bisanya dimasak, digoreng atau dimakan mentah serta juga dibakar seperti sate. Ulat ini dikatakan halal dimakan. Di Pasar Tamu Serian, ulat ini mudah didapati dengan dijual RM0.20 sen seekor atau RM30 sekilogram.


Menurut kajian yang dibuat ke atasnya, terdapat kira-kira 9 peratus kandungan protein dalam setiap ekor yang dimakan, selain asid amino dan glutamat..kaya dengan khasiatnya.

Thursday, October 29, 2009

Zu Butik's


Jenis Perkhidmatan:



1.Jahitan Baju Kurung Kebaya/Biasa

-kurung biasa RM40 /list RM45
-Kurung Moden RM50

2.Manik-Upah atau Semua dibeli oleh tukang jahit.

Harga dari RM30-RM150 mengikut corak


3.Baju Melayu

-Kanak-kanak RM20-40
-Dewasa RM120 cekak musang/ Leher Johor RM100




4.Upah alter baju/ slack/jeans



5.Menyediakan khidmat jahit tepi
Berminat Hubungi 0134469404 atau emel belidahitam@yahoo.com









TIP: Bergaya..




BAYANGKAN, walaupun hanya mencari sehelai pakaian ke pejabat, perayaan, sukan, kasual ataupun gaun untuk menghadiri majlis tertentu, kadangkala mengambil masa sehingga berjam-jam lamanya.


Jika membeli-belah di pusat beli-belah, boleh dikatakan hampir semua butik pakaian ingin dikunjungi bagi mencari koleksi terbaru.Situasi sedemikian memang biasa bagi sesetengah wanita terutama untuk mereka yang menganggap membeli-belah sebagai terapi terbaik bagi melepaskan tekanan yang bersarang di minda.





Memahami kehendak pelanggannya, gedung beli-belah terkenal, Tangs di pusat beli-belah Pavilion, Kuala Lumpur, menyediakan pelbagai rekaan aksesori terkini untuk membantu wanita dan lelaki supaya tampil lebih bergaya.

Antara aksesori yang boleh didapati ialah beg tangan, kasut, beg genggam, pakaian serta pelbagai perhiasan diri.



Menerusi bahagian lelaki dan wanita, Tang+Co, pelbagai rekaan aksesori baru boleh dimiliki antaranya koleksi kasut Beverly Feldman, Pure Lopez, Scha London dan Rebecca Sanver.Untuk bergaya dengan himpunan beg terkini, koleksi daripada Luana dan Casablanca boleh dijadikan pilihan.


Pelbagai koleksi pakaian di bahagian fesyen lelaki pula mampu memenuhi cita rasa jejaka yang mahu tampil lebih bergaya.

TIP: Lanskap taman kreatif..




JIKA mahu pemandangan berbeza di laman, tidak perlu mengubah keseluruhan landskapnya.Beri sedikit warna pada landskap dengan menambah beberapa pokok berbunga.


Bagi mewujudkan keceriaan lebih terserlah, penggunaan pokok semusim yang mengeluarkan banyak bunga tentunya memperlihatkan warna indah.Jika kesuntukan masa untuk mengindahkan keseluruhan laman, lakukan kerja pengubahsuaian pada sudut tertentu yang dijangka menjadi tumpuan tetamu anda nanti




Jika masih ada ruang kosong, letak beberapa jenis tumbuhan berbunga.Ia bagaikan simbolik kemeriahan sambutan Aidilfitri yang ceria dan mengalu-alukan kunjungan tetamu.Laman kediaman yang sememangnya sedia hijau tidak salah dikekalkan.




Tetapi jika gemarkan kelainan pada konsep keceriaan, pilihan tumbuhan berbunga segar.Caranya mudah dengan hanya menggantung beberapa pasu pokok petunia di anjung hadapan.




Serikan sudut kosong seperti tiang anjung atau di atas tembok yang mempunyai teduhan dengan beberapa pasu pokok orkid.Pembentukan landskap di kawasan kosong yang terhad sesuai juga diletakkan pokok yang tinggi di bahagian dalam.

Info: Akhil-Waheeda bersanding 1 November 2009..


Pasangan kontrovesi yaang sudah bergelar suami isteri akan melangsungkan perkahwinan di Bukit jelutong pada 1 November ini.


Fakta

* 1000 tetamu termasuk wartawan dijemput hadir

*tempat adalah terhad dan dijangka untuk keluarga yang terdekat sahaja..

*sudah diijab kabul pada 16 ogos lalu.

*Pakaian pengantin berkonsepkan ala Arab
*acara berlangsung hingga jam 5 petang manakala pengantin dijangka sampai ke lokasi majlis jam 2.30 petang.



TEMPAHAN DIBUKA SEKARANG..

Baju Kurung Moden, baju Kurung Moden, Jahitan Manik dan Baju Melayu..
EMEL KEPADA belidahitam@yahoo.com

Selamat Datang

Selamat datang ke Zu Butik's blog yang memberikan informasi mengenai fesyen pakaian terkini kepada wanita amnya. Di sini anda didedahkan dengan pakaian mengikut kesesuaian majlis sama ada seperti tudung dan pakaian bermanik. Justeru blog ini turut juga menawarkan perkhidmatan jahitan pakaian wanita seperti Baju Kurung/Moden dan Kebaya dengan harga BERPATUTAN dari negeri Kedah. Selamat mengunjung...